Saya rasa ada peluang bagi saya untuk meminta penjelasan serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang ditimbulkan suatu (sewaktu) soal jawab tadi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kenapakah wanita yang kehilangan suami hasil dari penceraian di tinggal begitu atau tidak diambil kira oleh masyarakat, sedangkan suami yang meninggal kerana kematian itu banyak simpati daripada orang ramai.
Apakah Yang Berhormat sedar sebahagian besar perempuan yang ditinggalkan oleh suami ini ada masalah yang menyebabkan berlaku penceraian. Satu. Yang keduanya apabila masyarakat melihat seorang perempuan yang ditinggalkan oleh suami sudah tentulah mereka ini ada sebab-sebab yang boleh dipertikaikan.
Kalau kita lihat di dalam majlis-majlis yang besar, perempuan yang ketiadaan suami hasil penceraian ini ada gatal sedikit. Tidak seperti yang kehilangan suami kerana kematian. Yang kematian ini, nampak dia insaf, sedih dan nampaklah air muka itu ada sedikit keimanan. Tetapi sebahagian besarnya, yang kehilangan suami hasil pencerian ini" kalau di dalam majlis-majlis, dia nampak gatal, sebab itu hilang simpati. Harap komen daripada Yang Berhormat."
blah blah blah from Shahrizat. Asks him to retract.
Abdul Fatah continues:
Saya sebut ini sebahagian besar, saya tidak kata seluruh. Bukan tuduh, sebahagian besar. Kalau tengok di majlis-majlis, katakanlah di party, private partu kalau kita tengok yang mana. Janda yang macam mana yang gatal, yang 'gelenyar', bahasa Kelantan. Kelantan kata 'gelenyar', bahasa persuratan gatal. Yang mana? Yang kematian suami ataupun yang diceraikan oleh suami. Sebahagian besarnya yang gatal itu ialah yang bercerai kerana sebab-sebab tertentu, samada si suami itu jahat ataupun si isteri itu ada masalah. Terima kasih.
1 comment:
Yup, blatant generalising going on there by our YB from Rantau Panjang. Another angle would be a widow did not choose her fate whereas a divorcee made a concious choice to be single, hence she chooses to go around being gatal.
Again, what was the point he was trying to make? On the topic of generalising we can go on all day: all politicians are crooks, all blondes are dumb, all Irishmen are drunks, all Malays are lazy. Was the Dewan enlightened by his speech/question? Has the country benefitted? Or was he just blowing hot air to grab some attention?
Post a Comment